APAKAH HUKUMNYA WANITA YANG TIDAK MEMAKAI TUDUNG DI LUAR RUMAH PADA WAKTU MALAM YANG GELAP GELITA?
PENERANGAN
Setiap perempuan yang sudah akhil baligh adalah wajib utk menutup aurat drpd lelaki ajnabi (asing) atau drpd lelaki yg bukan mahramnya sama ada pada malam yg terang atau malam yg gelap gelita.
HUKUM
Berdosa seseorang wanita itu jika mendedahkan auratnya (t'masuk rambut) kpd yg bukan mahramnya.
KISAH
Pernah seorang Sahabiyyah (sahabat Rasulullah SAW di kalangan kaum muslimah) b'tanya kpd Rasulullah mengenai seorang perempuan yg didatangi oleh seorang lelaki buta/rabun. Apakah dia perlu menutup auratnya atau berhijab?
Lantas dijawab oleh Rasulullah, "sekiranya dia tidak dapat melihat engkau kerana rabun atau butanya, maka apakah engkau tidak dapat melihatnya?"
Maksud drpd jawapan Rasulullah ialah jangan sekali - kali memandang remeh mengenai pendedahan aurat, sekalipun kpd seorang buta yg tidak dapat melihat. Pada malam yg gelap gelita, masih ada samar - samar cahaya yg membolehkan wanita itu dilihat oleh seseorang atau dia melihat orang itu.
PESANAN:
Sentiasalah menjaga aurat anda tidak kira waktu, tempat dan keadaan kecuali bersama - sama dgn mahramnya seperti bapa, abang, adik dan anak. Tetapi sebolehnya hendaklah kita menutupi bahagian tertentu yg boleh mendatangkan ghairah...
No comments:
Post a Comment